PENGENALAN
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor
Awam oleh pihak
MAMPU dengan mengambil
kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih
relevan kepada jabatan/agensi sektor
awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring
dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping
menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif
dalam kalangan warga JKWPKL&P.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih
berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan
bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya
menambah baik
elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
- Imej korporat;
- Kreativiti dan Inovasi;
- Amalan Hijau;
- Persekitaran Kondusif; dan
- Kepelbagaian Agensi.